MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

18 November 2009

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu telah pun diadakan pada 15 November 2009 bersamaan dengan 27 Zulkaedah 1430H jam 09.00 pagi di Dewan Auditorium RTM Sibu. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ustaz Saidal Bin Mat, penolong penyelia pendidikan Islam dan moral, Jabatan Pendidikan Daerah, Sibu. Majlis telah di mulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Amir Ridhzuan Abdullah, pegawai wilayah tengah HIKMAH, Sibu dan diikuti ucapan aluan oleh encik Kameri Bin Hj. Meraf, pengerusi HIKMAH Bahagian Sibu. Berbagai-bagai persembahan di persembahkan oleh pelajar pada majlis tersebut seperti , ucapan wakil pelajar oleh adik Izaz Rizqi Bin Wahid, hafalan surah-surah lazim oleh pelajar kelas Bijaksana, Pentomin oleh pelajar kelas Amanah 6 tahun, Nyanyian oleh pelajar kelas Jujur 5 tahun, Riadah pelajar kelas Cekap 4 tahun. Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyampaian sijil dan hadiah kepada para Graduan 2009. Majlis Penyampaian Sijil dan hadiah Tadika Islam Nurul Hidayah pada kali ini berjalan dengan lancar dan sukses, alhamdulillah. Jika anda ingin melihat acara dan penerima Graduan 2009 di majlis tersebut sila klik muka AKTIVITI .

Ustaz Mohd Amir Redhzuan Abdullah

Encik Kameri bin Hj. Meraf

Adik Izaz Rizqi bin Wahid

Ustaz Saidal bin Mat


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TIN

30 Oktober 2009

Tadika Islam NurulHidayah (HIKMAH) Sibu akan mengadakan Majlis Konvokesyennya pada 15/11/2009 @jam 0900 pagi di dewan RTM. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi Tadika HIKMAH Sibu. Bermacam-macam acara di adakan pada majlis tersebut nanti. Semua ibubapa / penjaga dijemput hadir pada majlis tersebut nanti.


Sessi Persekolahan 2009

26 Januari 2009

Assalamualaikum…… Selamat datang ke laman blog Tadika Islam Nurul Hidayah HIKMAH Sibu. Pada tanggal 03 Januari 2009 Tadika HIKMAH Sibu telah menggadakan hari pendaftaran untuk pengambilan pelajar sessi 2009. Pendaftaran telah dibuka seawal jam 0900 pagi sehingga 1230 tengahari. Seramai 55 orang pelajar telah mendaftar pada kali ini, mereka terdiri dari pelajar yang berumur 6 tahun, seramai 29 orang, 5 tahun seramai 14 orang dan 4 tahun seramai 12 orang. Sessi persekolahan 2009 telah pun bermula pada 05 Januari 2009 (Isnin).  Bermacam-macam gelagat pelajar yang baru masuk di saksikan pada hari tersebut. Ada yang menangis, ada yang mahu ibubapa senantiasa menemani mereka di dalam kelas (tak mahu ditinggalkan) dan bermacam-macam lagi gelagat mereka…(seronok  juga melihat telatah mereka).

Melayan ibu/bapa pada hari pendaftaran

Guru-guru melayan ibu/bapa yang mendaftar anak
mereka pada hari pendaftaran.

Menjual T-Shirt Riadah

Guru-guru menunggu ibu/bapa untuk membeli
Baju  Riadah.

Pendaftaran Sessi 2009

Pendaftaran Pelajar Sessi 2009